Lang Jagat salah seorang dari 7 lanun yang memegang dan memiliki pedang sanjarkuda. Dia mahu memiliki Bahtera Engkar Guru. Demi untuk menyelesaikan satu misi.
Dia menyerang istana Kota Khayalan Cinta dan berjaya menewaskan gerombolan askar ratu yang ramai. Dia berjaya menewaskan askar-askar tersebut dengan menggunakan parang sanjarkuda.
Pembantu Ratu Ismasuri, Memhon tidak mahu berlawan dengan Lang Jagat. Dia telah menetapkan akan datangnya satu hari untuk mereka bertarung. Memhon menangguhkan pertarungan tersebut sehingga tibanya hari itu. Sementara itu Memhon menyerahkan dirinya untuk menjadi pengikut/pembantu Lang Jagat.
Ratu Ismasuri dan Lang Jagat telah berhadapan. Dia terkejut melihat rupa ratu yang sangat tua, sedangkan selama ini ramai yang bercerita tentang rupa paras ratu yang menakjubkan. Malahan Lang Jagat turut kehairanan kerana ratu sedikit pun tidak menunjukkan sikap ingin berlawan atau bertarung dengan Lang Jagat.
Malahan apabila Lang Jagat meminta untuk mengambil Engkar Guru, Puteri Ismasuri memberitahu dia tidak memiliki Engkar Guru.
Ratu sekadar memberitahu bahawa Engkar Guru ada sumpahan tersendiri. Dia sempat berpesan kepada Lang jagat supaya siaga dan hati budimu mendahului segala tekad. Kerana ratu amat menyedari bahawa pertarungan yang hebat akan berlaku. Pertarungan antara Lang Jagat dan Engkar Guru.
Sebaik sahaja Lang Jagat menaiki Engkar Guru, kilat sabung menyabung dengan diikuti oleh guruh. Lang Jagat berubah menjadi tua namun susuk tubuhnya seakan tidak di makan tua. Tetapi Ratu Ismasuri berubah menjadi muda dan jelita. Si ratu memberitahu bahawa sumpahan Engkar Guru terhadap dirinya dan Kota Khayalan Cinta sudah berakhir.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.