Bahtera Engkar Guru telah dicipta oleh Drame pada zaman sebelum kelahiran Lang Jagat ke dunia.
Drame pada awalnya seorang lelaki yang baik juga seorang pelajar di sebuah pesantren. Dia seorang yang amat disayangi oleh gurunya “Gourudeen”. Tetapi akibat daripada hasutan kawan-kawan dan rasa ego yang tinggi telah membuatkan Drame engkar kepada perintah gurunya supaya jangan masuk ke dalam Kota Bosham yang turut dikenali sebagai Kota Khayalan Cinta.
Akibat kedegilan itu, dia telah di seksa oleh pengawal-pengawal Kota Bosham a.k.a Kota Khayalan Cinta sebelum dibuang ke kawasan makam lama dimana tertanamnya sebuah takar mengurung Jin Guraga.
Jin Guraga asalnya adalah seekor naga bernama Asmodius. Naga ini telah mengakibatkan banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa. Untuk menghalang lebih banyak kemusnahan yang bakal dilakukan oleh naga itu, seorang pendekar telah berjanji/bersumpah untuk menghapuskannya. Pendekar itu juga salah seorang pemilik pedang sanjarkuda yang menandakan mereka juga dari keturunan darah raja.
Drame di pengaruhi oleh Jin Guraga yang licik sehingga terpedaya untuk membalas dendam. Jin itu berjanji akan membantu Drame untuk melunaskan dendamnya tetapi dengan satu syarat. Drame terus bersetuju dengan syarat yang dikenakan. Drame turut diberitahu bagaimana Kota Bosham atau Kota Khayalan Cinta boleh ditewaskan.
Selepas mematuhi syarat itu, Drame dikehendaki membina sebuah bahtera dalam masa 7 hari dan kayu untuk bahtera itu hendaklah di ambil dari hutan sendo. Drame menggunakan kuasa yang diberi untuk mengambil kayu kayan dan membina bahtera.
Bahtera yang siap dibina di namakan Bahtera Engkar Guru. Drame menamakannya Bahtera Engkar Guru bersempena sikapnya yang engkar dengan arahan guru sendiri. Drame memindahkan kekuatan dan kuasa ke atas bahtera itu.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.