Thursday, May 27, 2010

Bab 7



“Kelihatannya seakan sebuah gua,” bisik Drame sendirian.

Dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada, Drame mengagahkan dirinya untuk bangkit lantas merangkak menuju ke gua tersebut.

Semasa di dalam gua itu barulah Drame menyedari bahawa dia berada di dalam gua yang berhampiran kawasan mahkam perkuburan purba iaitu mahkam pendekar naga.

Rasa sedih mula menyelubungi dirinya.

Perlahan-lahan air matanya mengalir lalu menitis keatas mahkam pendekar naga tersebut. ( Event ini penting !, sila beri perhatian!!)

“Argh! daripada aku di pancung oleh pengawal Kota Bosham, lebih baik aku bersembunyi di sini,” Drame memberanikan dirinya. Badannya masih terasa sakit.

Dia melihat ada kesan-kesan luka di kaki dan tangannya.

Drame tidak berani keluar ke mana-mana.

Friday, May 21, 2010

Permulaan...


1 Gambaran sebuah istana yang dikawal rapi

2 Sepasang mata mengintai peluang. Sedar istana tidak dikawal oleh ramai pengawal. Tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja yang mengawal istana.

3 Mendapat peluang menyelinap. Malang ada pengawal sedar. Berlaku pergaduhan secara berdepan dengan semua pengawal.

3 Ratu Ismasuri memerhati dari sebalik bidai di tingkat atas istana.

4 Semua lawan kalah dengan mudah. Seolah-olah mereka adalah pengawal biasa.

5 Adegan lain – ratu duduk semula di singahsana. Dia tersenyum

6 Lang Jagat berhadapan dengan Memhon. Panglima paling handal.

7 Lang Jagat terkejut – Memhon melutut merayu dan berjanji akan menunjukkan tempat ratu bersemayam.

8 Memhon berjanji akan menjadi hamba Lang Jagat dan akan sampai saat bila mana mereka akan bertarung.

9 Memhon membawa Lang Jagat masuk istana.

10 Ratu langsung tidak terkejut melihat Memhon berpaling tadah.

11 Memhon terkejut kerana ratu mengenali Lang Jagat.

12 Lang Jagat terkejut kerana tidak sangka terlalu mudah merampas Bahtera Engkar Guru.

13 Keajaiban berlaku. Bahtera meninggalkan Kota Khayalan Cinta. Tanah tandus dan gurun pasir berubah menjadi padang rumput semula.

Tuesday, July 28, 2009

Gambaran Naga

Rujuk http://www.bradfitzpatrick.com/weblog/1942/dragon-drawings/





Bahasa tambahan K7LEG

Perkataan "marga" atau clan itu asalnya dari bahasa Sanskrit, varga iaitu warna. Marga itu bermakna "kelompok" atau puak orang yang berasal dari satu keturunan

Siri 3 (Kedatangan Lang Jagat)

Lang Jagat salah seorang dari 7 lanun yang memegang dan memiliki pedang sanjarkuda. Dia mahu memiliki Bahtera Engkar Guru. Demi untuk menyelesaikan satu misi.

Dia menyerang istana Kota Khayalan Cinta dan berjaya menewaskan gerombolan askar ratu yang ramai. Dia berjaya menewaskan askar-askar tersebut dengan menggunakan parang sanjarkuda.

Pembantu Ratu Ismasuri, Memhon tidak mahu berlawan dengan Lang Jagat. Dia telah menetapkan akan datangnya satu hari untuk mereka bertarung. Memhon menangguhkan pertarungan tersebut sehingga tibanya hari itu. Sementara itu Memhon menyerahkan dirinya untuk menjadi pengikut/pembantu Lang Jagat.

Ratu Ismasuri dan Lang Jagat telah berhadapan. Dia terkejut melihat rupa ratu yang sangat tua, sedangkan selama ini ramai yang bercerita tentang rupa paras ratu yang menakjubkan. Malahan Lang Jagat turut kehairanan kerana ratu sedikit pun tidak menunjukkan sikap ingin berlawan atau bertarung dengan Lang Jagat.


Malahan apabila Lang Jagat meminta untuk mengambil Engkar Guru, Puteri Ismasuri memberitahu dia tidak memiliki Engkar Guru.

Ratu sekadar memberitahu bahawa Engkar Guru ada sumpahan tersendiri. Dia sempat berpesan kepada Lang jagat supaya siaga dan hati budimu mendahului segala tekad. Kerana ratu amat menyedari bahawa pertarungan yang hebat akan berlaku. Pertarungan antara Lang Jagat dan Engkar Guru.

Sebaik sahaja Lang Jagat menaiki Engkar Guru, kilat sabung menyabung dengan diikuti oleh guruh. Lang Jagat berubah menjadi tua namun susuk tubuhnya seakan tidak di makan tua. Tetapi Ratu Ismasuri berubah menjadi muda dan jelita. Si ratu memberitahu bahawa sumpahan Engkar Guru terhadap dirinya dan Kota Khayalan Cinta sudah berakhir.

Siri 2 (Kebangkitan Engkar Guru)

Bahtera Engkar Guru telah dicipta oleh Drame pada zaman sebelum kelahiran Lang Jagat ke dunia.

Drame pada awalnya seorang lelaki yang baik juga seorang pelajar di sebuah pesantren. Dia seorang yang amat disayangi oleh gurunya “Gourudeen”. Tetapi akibat daripada hasutan kawan-kawan dan rasa ego yang tinggi telah membuatkan Drame engkar kepada perintah gurunya supaya jangan masuk ke dalam Kota Bosham yang turut dikenali sebagai Kota Khayalan Cinta.

Akibat kedegilan itu, dia telah di seksa oleh pengawal-pengawal Kota Bosham a.k.a Kota Khayalan Cinta sebelum dibuang ke kawasan makam lama dimana tertanamnya sebuah takar mengurung Jin Guraga.

Jin Guraga asalnya adalah seekor naga bernama Asmodius. Naga ini telah mengakibatkan banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa. Untuk menghalang lebih banyak kemusnahan yang bakal dilakukan oleh naga itu, seorang pendekar telah berjanji/bersumpah untuk menghapuskannya. Pendekar itu juga salah seorang pemilik pedang sanjarkuda yang menandakan mereka juga dari keturunan darah raja.

Drame di pengaruhi oleh Jin Guraga yang licik sehingga terpedaya untuk membalas dendam. Jin itu berjanji akan membantu Drame untuk melunaskan dendamnya tetapi dengan satu syarat. Drame terus bersetuju dengan syarat yang dikenakan. Drame turut diberitahu bagaimana Kota Bosham atau Kota Khayalan Cinta boleh ditewaskan.

Selepas mematuhi syarat itu, Drame dikehendaki membina sebuah bahtera dalam masa 7 hari dan kayu untuk bahtera itu hendaklah di ambil dari hutan sendo. Drame menggunakan kuasa yang diberi untuk mengambil kayu kayan dan membina bahtera.

Bahtera yang siap dibina di namakan Bahtera Engkar Guru. Drame menamakannya Bahtera Engkar Guru bersempena sikapnya yang engkar dengan arahan guru sendiri. Drame memindahkan kekuatan dan kuasa ke atas bahtera itu.

Tuesday, July 21, 2009

Pecahan Barang - update dari semasa ke semasa

Pecahan Barang - rujukan

PARANG SANJARKUDA
- dicacah pada wang syiling negara Afselon
- dijaga oleh BURAKOH

DUKAR
- matawang Afselon

JILITAN-JILITAN PERJANJIAN LAMA
- ada 3 jilitan
- Jilitan Amanah, Jilitan Lama dan Jilitan Perjanjian Agung

KECAPI
- alat muzik TAKUANDA

DURGAWAJA & TAKHTAMARGA
- cincin sakti
- ada syarat utama (harus merupakan cincin Durgawaja dan Takhtamarga yang sebenarnya)
dan
- syarat pertama (keyakinan yang penuh akan kesaktiannya)

CINCIN BIRU
- 300 Dukar
- dibeli oleh TAKUANDA
- Cincin biru tidak ada kuasa

Pecahan Tempat - update dari semasa ke semasa

Pecahan Tempat - rujukan

KAMPUNG ESKODA - kampung asal Drame

HUBARA - negara asal Drame

MEHNEMON - pesantrean Gourudeen

AFSELON - negara asal PENDEKAR NAGA, jiran HUBARA

URUSILUSI, TAJNINBAR, AFSELON, HUBARA
- nama negara 'empat negara tanah haram’ yg disebut dlm JILITAN AMANAH

BUKIT MINAS
- ada bahan utk jadikan ubat

KOTA BOSHAM
- setengah hari perjalanan dari Mehnemon
- kota kaya terkenal serata dunia
- sibuk
- ada pengawal yg menganiaya & menindas penduduk kampung
- pengawal minta rasuah
- ada berpuluh-puluh pintu dikawal

KAMPUNG MAMRAH
- 3 hari perjalanan dari Mehnemon
- aman
- jauh

GURUN PASIR
- tempat Drame yg pengsan ditinggalkan oleh pengawal
- suasana berkabut dan seram
- ada sebuah mahkam purba

MAHKAM PENDEKAR NAGA
- ada gua
- ditemui Drame selepas sedar dr pengsan
- masuk ke dalam gua kerana hujan lebat

PEKAN SASIN
- tempat tinggal BARUKOH

PERBUKITAN SINDAI
- bukit hijau
- redup mata memandang
- tempat TAKUANDA bersendirian sejak kecil
- ada sebatang sungai
- ada air terjun tersorok
- hanya BARUKOH yg tahu

GUA SAKTI
- tempat perompak simpan hasil
- pintu lutsinar ghaib

Pecahan Watak - update dari semasa ke semasa

Pecahan Watak - untuk rujukan

DRAME
- mata kehijauan
- tubuh gagah/agam/kekar/sasa
- pemuda jual tembikai asal Kg Eskoda di Hubara
- baik hati, lurus, hidup susah, miskin
- cita2nya jadi kaya, terkenal
- berguru 3 tahun dgn Gourudeen
- kerjakan kebun tembikai tanpa gaji
- suka dengar kisah naga

GOURUDEEN
- guru taat perintah tuhan
- ahli perubatan

SEMONDAR & POMPEN
- murid Gourudeen
- suka membuli & mengejek Drame

POMPEN
- panjang akal
- selalu dibawa dlm rundingan

PENDEKAR NAGA
- asal Afselon sebelah Hubara
- mata kehijauan, keturunannya juga sama
- merendah diri
- ilmu mandraguna

NAGA ASMODIUS
- naga sakti, ganas, cerdik, licik
- buat huru-hara
- makan dan serap ilmu pendekar yg cuba tewaskannya

JIN GURAGA
- jelmaan dari naga Asmodius
- terkurung dlm takar dimeterai dgn darah & sumpah PENDEKAR NAGA
- seru nama Asmodius depan jin utk bebas dr malapetaka

UTUSAN RAJA
- bawa surat keemasan dari Raja Afselon

PENGAWAL ISTANA KOTA BOSHAM
- menganiaya & menindas penduduk kampung
- terima rasuah 70 - 100 Dukar

TUAN PUTERI ISMASURI
- tinggal di istana Kota Bosham
- rupawan

SAUDAGAR KOTA BOSHAM
- melanggar Drame
- ada orang suruhan
- minta Drame bayar gantirugi

IKAN JELENTAR
- gigi tajam
- pernah serang kampung nelayan sebelah kampung Drame

PENGAWAL 1 & PENGAWAL 2
- memukul Drame sehingga pengsan
- bawa Drame ke gurun pasir

TAKUANDA
- manusia biasa - asal JIN GURAGA beberapa ratus tahun sebelum
- pemain kecapi
- melagu syair
- memperniagakan bakatnya

REMON
- pemuda
- penjual cincin

BURAKOH
- pendekar/pahlawan terkanan negara HUBARA
- tegap
- hidup dengan menjadi budak suruhan di pelabuhan
- penjaga PEDANG SANJARKUDA

PANGLIMA KAYUHA
- ketua panglima PEDANG SANJARKUDA

SESANDA
- tuan warung minuman

RANG KAYA JAHORTA
- orang kenamaan

HEYJAL
- pengawal keselamatan rumah RANG KAYA JAHORTA

UKATKOR
- mandur di pelabuhan

KETUA LANUN/PEROMPAK
- ucap buka pintu 'Hei pintu ghaib naga-naga tujuh bumi, bukakan jalan aku keduniamu!'
- ucap tutup pintu 'Hei pintu ghaib naga-naga tujuh bumi, lenyaplah dikau tanpa bekas tanpa tanda!'

Monday, July 20, 2009

Siri 1 (1) Pengenalan

Takuanda - seorang pemain kecapi, di hina oleh Orang Kaya Jahorta, memiliki cincin Durgawarja hingga menyebabkannya bertukar menjadi Naga Asmodius dan kemudian bertukar menjadi Jin Guraga.

Pahlawan Naga - berasal daripada dunia naga, mencari cincin batu geliga/jantung/hati naga yang hilang (cincin durgawarja)

Naga Asmodius - Tidak berjaya dihapuskan kerana bertukar menjadi Jin Guraga.

Jin Guraga - di kunci di dalam sebuah takar - kemudian takar itu di seal dengan sesuatu.

So cerita akan bermula dengan Takuanda bermain kecapi di tengah pasar

Errr...Naga ni bleh ker? Lain sket daripada naga yang biasa


Dalam siri ini lebih kepada pertarungan antara Naga dan Pahlawan Naga.