“Kelihatannya seakan sebuah gua,” bisik Drame sendirian.
Dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada, Drame mengagahkan dirinya untuk bangkit lantas merangkak menuju ke gua tersebut.
Semasa di dalam gua itu barulah Drame menyedari bahawa dia berada di dalam gua yang berhampiran kawasan mahkam perkuburan purba iaitu mahkam pendekar naga.
Rasa sedih mula menyelubungi dirinya.
Perlahan-lahan air matanya mengalir lalu menitis keatas mahkam pendekar naga tersebut. ( Event ini penting !, sila beri perhatian!!)
“Argh! daripada aku di pancung oleh pengawal Kota Bosham, lebih baik aku bersembunyi di sini,” Drame memberanikan dirinya. Badannya masih terasa sakit.
Dia melihat ada kesan-kesan luka di kaki dan tangannya.
Drame tidak berani keluar ke mana-mana.